UCAPAN TAKZIAH

Text Size : [+] | [-]



PRESIDEN YB FADILLAH YUSOF, AHLI JAWATANKUASA DAN SEMUA AHLI
PERSATUAN GOLF AMATUR BUMIPUTERA SARAWAK

MENGUCAPKAN TAKZIAH

KEPADA BALU & AHLI KELUARGA
ALLAHYARHAM SYED AZIS BIN SYED HASHIM
YANG TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH
HARI INI 1 JANUARI 2009
SEMOGA ROH ALLAHYARHAM DI CUCURI RAHMAT



Pemergian Allahyarham sangat dirasai oleh kawan-kawan kerana pada pukul 7.00 pagi tadi, Allahyarham bersama 50 orang ahli PGABS berkumpul diperkarangan KGS dan masing-masing bertukar salam dan ucap Selamat Tahun Baru. Beliau meninggal di Normah Medical Center pada kira-kira 12.30 petang.

Allahyarham Syed Azis (43) yang berasal dari Temerloh Pahang sedang bertugas di pejabat Petronas di Kuching. Sebelum berpindah ke Kuching, Allahyarham bertugas sebagai Mechanical Engineer di Malaysia LNG, Bintulu sejak 1988. Isteri beliau, Puan Sharifah Bahyah yang berasal dari Bandar Baru Uda, Johor Bahru, bertugas di Kementerian Kesihatan dalam bidang IT. Allahyarham meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak ( 3 lelaki and seorang perempuan)

Jenazah Allahyarham akan diterbangkan ke Johor Bahru pada pukul 10.50 pagi esok.

KLIK DI SINI UNTUK MENYAMPAIKAN SALAM TAKZIAH ANDA KEPADA KELUARGA

Dengan kesempatan ini pihak PGABS mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada individu-individu berikut kerana telah membantu dan menghantar Allahyarham ke hospital :
  • Haji Zaidi Ahmad
  • Haji Engsah Han
  • Hariffin Awang Bini
  • Haji Annuar Musaddad
  • Haji Ahmad Suut
  • Haji Zabidi Shabaneh
  • David Liew
  • Khushairi Kabet
Dan ucap Terima Kasih kepada yang kawan-kawan yang hadir di Normah Medical Center:
Haji Bujang Safawi, Dillah Ahmad, Haji Annuar Mosaddad, Saadi Semaon, Abu Bakar Marzuki, Haji Ahmad Budin, Osman Sadiah, Ismail Ali, Abu Bakar Suhai, Karim Raduan, Sunif, Abdul Rahman Ebon, Wan Asip, Abdillah Dolhan, Razali Adin, Haji Jamal Yussof, Haji Jamil Razali, Haji Bong Hata Marzuki, Yakop Jalel, Samat Junai, Haji Musa Brahim, Haji Mohamad Pauzan, Yakop Kari, Tan Chek Joon, Haji Mohad Nasir Hussien, Abang Ibrahim Abg salleh, Haji Omarali Matjais, Haji Mohamad Sani Abdul Razak, Zainudin Akop, Waili Abang, Zamhuri Drahman, Mohamad Jais Daud, Kadir Ganti, Abu Yussof, Omar Mohamad, Bakhtiar Sabri, Baijuri Jaujie, Abdol Wahit Uji dan Sukiman Haji Aini.


1.10 ptg: Sebilangan rakan Allahyarham yang berada diperkarangan Normah Medical Centre, Petra Jaya, Kuching




Updated/Kemaskini: 2 January 2009 @2.00 petang
Oleh: Omarali Matjais, Kuching

Semasa di Lapangan Terbang saya bertanya Balu Allahyarham samada ada perubahan ketara sebelum Allahyarham pergi ke KGS. Puan Sharifah Bahyah berkata yang Allahyarham terlalu gembira pada pagi sebelum meninggalkan rumah.

Haji Engsah Han, yang bermain satu flight dengannya, juga mengatakan yang Allahyarham sangat riang dan banyak membantu kawan sepanjang permainan. Malah bergurau senda seperti biasa.

Balu Allahyarham memasuki Balai Berlepas Lapangan Terband Antarabangsa Kuching
Di belakang ialah seorang daripada 4 orang anak Allahyarham
The only daughter & closest to Allahyarham
Pegawai Petronas memberi penerangan kepada balu Allahyarham
Along berbaju biru
Sebahagian kawan sepejabat yang menghantar jenazah di Lapangan Terbang Kuching

Anak lelaki yang ke 2

Rakan rakan dari Petronas dan Kementerian Kesihatan

Posted by @pgabsec on 6:28 PM. Filed under .You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

10 COMMENTS Click Here To Comment

  1. Kepada Balu & Ahli Keluarga,

    Saya doakan agar Roh Allahyarham Syed Azis dicucuri rahmat. Amin

    Omarali
    SEcretary

  2. kepada Balu dan keluarga Allahyarham,saya dan keluarga ingin menyampai salam takziah.....Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama roh2 orang yang salleh..Amin.

    Allahyarham was a colleague when I was in MLNG...met him quite recntly; had promised to play golf...but it never / will never be...
    It was a shock to learn of his death..I was at Normah and at Masjid Jamek this afternoon..my apology for unable to make it tonite at his house.

    A Rahman Abdullah.

  3. Saya dan keluarga juga mengucapkan Takziah kepada balu, anak-anak dan keluarga Allahyarham atas pemergian beliau yang sangat mengejutkan dan tidak disanka-sangkakan. Muga roh Allahyarham ditempatkan disisi orang-orang yang soleh dan solehin. Amin ya rabbal alamin.

    Allahyarham adalah seorang golfer yang selalu positif, always aiming for the best ( walaupun meleset )dan ceria.

    Senang beramah mesra dan humble


    Daripada Hj Musa Hj Brahim serta kelurga, Matang Jaya, Kuching.

  4. Assalamu’alaikum wrt

    Kepada Balu, Anak-anak & Ahli Keluarga

    Saya & keluarga merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham. Saya mendoakan Allah menempatkan rohnya di kalangan para solehin.

    Pemergian Allahyarham turut dirasai rakan-rakan PGABS DAMAIWAVE dan turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

    Tabah & reda menempuh dugaan Allah.

    Haji Ibrahim Nordin

  5. Assalamu’alaikum wrt

    Kami selaku keluarga dan sanak saudara Allahyarham di sini ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala pertolongan dan bantuan yang dihulurkan oleh PGABS dalam kami menghadapi saat yang getir ini dan hanya Allah swt sahajalah yang dapat membalas jasa baik tuan-tuan sekelian.

    Bersama-samalah kita berdoa semoga Allah menempatkan rohnya di kalangan para solehin. Amin....

    Keluarga Allaryarham Syed Azis serta balu, Sharifah Bahyah
    Bandar Baru Uda, Johor Bahru

    n/b : Jenazah akan dikebumikan di Perkuburan Islam Mahmoodiah, Johor Bahru selepas Asar hari ini.

    Be

  6. Kepada Keluarga Allahyarham,

    Terima kasih atas ucapan tuan di atas. Kita bersyukur kerana jenazah Allahyarham telah selamat di kebumikan. Dalam kami begitu terasa pemergian Allahyarham, kami juga berbangga dengan cara Allahyarham meninggalkan kita. Begitu senang dan segala urusan berjalan begitu lancar sekali. Seperti dalam pergaulan harian Allahyarham, tiada siapa yang merasa terganggu oleh Allahyarham, malah kami merasa belum puas membantu dan bergaul dengan Allahyarham.

    Pada malam Ahad 4 Januari 2009, kami akan mengadakan Majlis Tahlil di rumah Sdra Sukiman Haji Aini, di Lorong Akasia, Jalan Matang, Petra Jaya.

    Sama-samalah kita mendoakan agar roh Allahyarham di tempatkan bersama-sama orang yang soleh.

    Salam hormat dan kami boleh di hubungi di

    secretary@pgabs.com

  7. SETIAUSAHA PGABS BOLEH DIHUBUNGI DI: SECRETARY@PGABS.COM

  8. Kepada keluarga ALLAHYARHAM,semoga bersabar dan tetapkan iman manghadapi segala dugaan ALLAH, sesungguhnya setiap kita akan diuji walaupun kita tidak menyukainya.Dengan iman dan ibadat kita, sama-sama kita doakan kesejahteraan untuk ALAHYARHAM,semoga roh nya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman.Aminn ya Rabbilallimin.

  9. Saya sekeluarga ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham terutama kepada Balu serta anak-anak beliau. Sesunggunya Allahyarham merupakan seorang yang sentiasa menghadirkan diri bagi apa-apa majlis anjuran Club30. Senyumannya sentiasa berada diingatan saya.

    Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

    Sekian, Wasallam

    SUKIMAN HAJI AINI serta keluarga

  10. Takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama2 org yang beriman.

    Zamirudin Hj Ahmad Mansor

Post a Comment

NOTICE

Ingin menjadi ahli PGABS
.

Since 2008 PGA Bumiputera Sarawak. All Rights Reserved. - Designed by PGABS Design