GOLF AMAL KWAN 2008 - Notice

Text Size : [+] | [-]

Presiden dan AJK PGABS merayu semua pemain golf menyertai pertandingan Golf Amal Klinik Waqaf An-Nur (KWAN)bagi tujuan membantu kos operasi dan menubuhkan Pusat Dialasis di Kuching.

Tarikh : 1 November 2008 @ Sabtu
Tempat : Damai Golf & Country Club (DGCC)
Pukul Mula: 7.30 pagi.
Sumbangan@Yuran Kemasukan: RM200

Nota :
· Minum Pagi & Makan Tengahari disediakan
· Hadiah – 10 Hadiah Utama
· Goodies yang berharga RM90
· Sejumlah 15 Cabutan Bertuah
· Sejumlah 4 Novelties
· WAJA Campro sebagai hadiah HOLE-IN-ONE

Sila hubungi Haji Zabidi Shabaneh (019-817 7786) atau DGCC untuk penyertaan.
JOHOR CORPORATION menerusi Masjid An-Nur KOTARAYA dan dengan kerjasama Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), telah menubuhkan Klinik Waqaf An-Nur (KWAN), iaitu sebuah pusat kesihatan yang berasaskan konsep waqaf.

Berikutan kejayaan dan sambutan menggalakkan daripada masyarakat, rangkaian KWAN telah berkembang dan sehingga kini terdapat 9 buah rangkaian di seluruh negara termasuk sebuah klinik di Kuching berdekatan dengan Bangunan Baitulmal, Jalan Haji Taha Kuching, Sarawak.

KWAN memberi khidmat rawatan dan rundingan kesihatah berasaskan konsep waqaf. Setiap klinik diketuai oleh Pegawai Perubatan dan dibantu oleh tenaga kerja dari KPJ Healthcare Berhad. Bayaran sebanyak RM5.00 dikenakan bagi setiap kali rawatan yang meliputi kos perubatan.

Selain daripada rawatan klinik, terdapat juga perkhidmatan dialisis khusus untuk pesakit-pesakit buah pinggang yang kurang berkemampuan dengan bayaran hanya RM90.

Sebagai sebuah pusat kesihatan berkonsepkan waqaf yang memberikan perkhidmatan kepada semua bangsa dan agama, rangkaian KWAN dan Pusat Dialasis sentiasa memerlukan sumbangan dari seluruh lapisan masyarakat.
Segala sumbangan boleh dibuat dalam bentuk kewangan, peralatan ataupun sumbangan tenaga (sukarelawan). Sumbangan kewangan boleh dibuat menerusi Bank Islam Malaysia Berhad akaun 1014010022202 atas nama DANA KLINIK WAQAF AN-NUR atau Melalui sms seperti berikut: Taip WAQAF RM5 dan hantar ke 33321. (Anda boleh derma RM2 atau RM10 selan RM5)

Posted by @pgabsec on 5:24 PM. Filed under .You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

NOTICE

Ingin menjadi ahli PGABS
.

Since 2008 PGA Bumiputera Sarawak. All Rights Reserved. - Designed by PGABS Design