PROJEK AMAL MASYARAKAT

Text Size : [+] | [-]

Majlis Berbuka Puasa Meraikan Anak Anak Yatim & Fakir Miskin

RAMADAN DATANG LAGI! Begitu cepat sekali masa berlalu. PGABS tidak ketinggalan melipatgandakan usaha amalan dan kebajikan pada masyarakat. Kali ini PGABS sebagai penganjur dan menyediakan 'highway' untuk individu bersedekah terutama sekali kepada anak-anak yatim dan fakir miskin. Majlis yang bermula jam 6.00 petang ini telah dihadiri oleh seramai lebih daripada 300 orang terdiri daripada Ahli-ahli Persatuan Golf Amatur Bumiputera Sarawak, penduduk Taman Sriwangi dan individu jemputan

YB Haji Fadillah Yusof, MP Petra Jaya dan YB Datuk Wan Wahab Wan Sanusi, DUN Sadong (N20) merupakan Tetamu Kehormat majlis ini. Sumbangan sumbangan berupa wang telah diagih agihkan kepada anak anak yatim dan fakir miskin bagi menceriakan dan meringankan sedikit bebanan yang mereka hadapi untuk menyambut Hari Raya yang bakal menjelma.

Terdahulu daripada itu, dalam ucapannya YB Haji Fadillah Haji Yusof berpesan agar kita mengamalkan sikap berjimat cermat, berhemah, berbelanja mengikut keperluan dan kemampuan. Beliau juga menekankan agar kita bukan saja mengelakkan pembajiran tetapi menghidarkan membuat pinjaman daripada ‘Along’.

MP Petra Jaya ini juga memaklumkan bahawa majlis seumpama ini telah menjadi tradisi bagi PGABS sesuai dengan hasrat sebagai persatuan yang prihatin terhadap masyarakat sekeliling.

Beliau seterusnya mengingatkan betapa kenikmatan dan kemakmuran negara ini wajar dipelihara agar kesejahteraan rakyat dan generasi akan datang sentiasa terpelihara dalam menjayakan impian sebagai negara maju. Beliau berharap anak-anak yatim dapat menikmati kejayaan kerana kerajaan membuka banyak peluang kepada masyarakat untuk maju dari segi ekonomi.


Kehadiran Setiausaha Kelab Golf Sarawak, Shahary Alias di sambut oleh Haji Bong Hatta dari Simunjan. Sisaksikan oleh Sukiman Haji Aini dan Abu Bakar Mohamad Suhai.

YB Fadillah Yusof bergambar bersama-sama ahli PGABS di Surau Al-Quddus.

Dari kiri: Mohd Lokman, Haji Bong Hatta, Annuar Musadad, Haji Musa, Usu Man, Kiprawi Osman, haji Nasir Hussien, YB Fadillah, Haji Zaidi Ahmad, Secretary, Masri Juni

Semasa mendengar ucapan YB Presiden

YB Fadillah mesra dengan anak-anak yatim

YB Fadillah Yusof menyampaikan duit raya kepada anak-anak Yatim

Posted by @pgabsec on 2:53 PM. Filed under .You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 COMMENTS Click Here To Comment

Post a Comment

NOTICE

Ingin menjadi ahli PGABS
.

Since 2008 PGA Bumiputera Sarawak. All Rights Reserved. - Designed by PGABS Design