Letrik atau LILIN
Jokes 11:16 AM Text Size : [+] | [-]
Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan.
Pada suatu malam si isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata, "Ayang, period I dah lewat sebulan, tapi I tak boleh nak pastikan lagi sebab kita kena pergi check kat doktor."
Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk tidak memberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gumbira ini sehingga ianya benar-benar pasti.
Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari Syarikat Letrik kerana terdapat tunggakan dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka.
Pegawai Letrik tu pun berkata: "Ini rumah Encik Ahmad kah?" "Ya, saya isterinya. Ada apa encik?"
Pegawai Letrik tu pun berkata, "Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah tak boleh tunggu ni, nanti boss saya marah."
Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai Letrik tu."Apa? Macam mana pulak Encik tahu yg saya ini sebulan lewat?!"
Pegawai Letrik tu pun dengan selamba menjawab: "Ala puan, ni kan zaman IT,semua tu ada dalam computer dan kita boleh check Online"
Kata-kata pegawai Letrik itu membuatkan si isteri lagi terkejut. "Apa!!!Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu!"
Pegawai Letrik tu pun mententeramkan keadaan "Relek puan, puan ni baru lewat sebulan, ada yang lagi teruk, lewat 5-6 bulan" Si isteri yang terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata, ".... nanti saya bincang dengan suami saya. Lalu pegawai Letrik tu pun beredar dari situ.
Keesokan harinya, selepas si Ahmad ini di beritahu oleh isterinya. Dia pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke pejabat Letrik. Tanpa menghiraukan pegawai-pegawai Letrik yang ramai di situ, diapun memekik seraya berkata, "Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak heboh-hebohkan ke dalam Internet. Awak ni semua yang berkeluarga tak pernah lewat sebulan kerrrr?!! Bisness apa korang buat niii? Nak kena saman kerr?
Lalu pegawai yang datang kerumah si Ahmad ni berdiri dan mententeramkan keadaan.
"Sabar Encik, sabar ! Apa susah, kalau Encik nak settlekan perkara ini, bayar je..." kata-kata pegawai Letrik tu membuatkan si Ahmad lagi naik berang."Apa? nak bayar korang? belahhhh lahh...."
"Sabar Encik, sabar ! Apa susah, kalau Encik nak settlekan perkara ini, bayar je..." kata-kata pegawai Letrik tu membuatkan si Ahmad lagi naik berang."Apa? nak bayar korang? belahhhh lahh...."
Lalu pegawai Letrik tu pun cakap "Kalau macam tu, Kita terpaksa 'potong' Encik punya...."
Si Ahmad mencelah "apa? potong?! Habis, tu isteri saya di rumah nak pakai apa?"
Si Ahmad mencelah "apa? potong?! Habis, tu isteri saya di rumah nak pakai apa?"
Pegawai Letrik tu pun cakap " Nampak gayanya isteri encik kena pakai LILIN ajerlaaaa...."

