SIBU, KAMI DATANG !!
Other Tournament 6:57 PM Text Size : [+] | [-]
Khamis @ 10 Julai- Ketibaan penerbangan MAS membawa 20 pemain SJGFA bersama 6 bukan pemain sedang mendarat di Lapangan Terbang Sibu. Skuad ini termasuk remaja dan pemain veteran. Antara pasukan yang menyertai Pertandingan Antara Kelab kali ke 21 ialah Miri, Bintulu, Sibu, Damai, KGS dan SJGFA.Sabtu @ 12 Julai - Skuad berpakaian menarik Merah Hitam. Pakian ini menjadi percakapan ramai kerana lebih menonjol berbanding pasukan lain.
SGJFA diketui oleh Kapten Club, Saudara Haidel Heli dan dibantu oleh Zuraini Abdul Rahman dan Ismail Ali. Pemain, yang terdiri daripada semua ahli PGABS adalah skuad yang terbesar sekali.
Hari pertama, SJGFA menduduki tempat ketiga, meninggalkan KGS dengan 9 pukulan, KGM 17 pukulan, dan DGCC dengan 76 pukulan. Tempat teratas ialah Sibu dan Bintulu.
Kehebatan SJGFA pada hari permulaan dibantu oleh Mohamad Zainon, Omarali, Sukri Morshidi, Abdul Taib gembar, Waili Abang, Zainudin Akup, Johari Aman, Mohd Lokman, Gepairi Jol dan Mohd Sasrizan.
Ketrampilan skuad ini juga menyerlah di mana saja mereka berada termasuk di lapangan Sasar Kelab Golf Sibu.Untuk pengetahuan, Kelab Golf Sibu tidak mempunyai Buggy dan "Slope Index" ialah 70. Ciri-ciri keseluruhan ialah berbukit dan 40 % diliputi air.
Sedikit kesilapan tidak akan dimaafkan oleh keadaan lapangan yang sempit dan kolam air yang berbuaya.
Gambar terakhir in menunjukkan Saudara Sharaani Marzuki sedang 'didera' oleh pokok yang rapat. Apa yang terjadi selepas ini hanya beliau yang tahu, tapi yang pasti, jumlah pukulan pada sembilan lobang pertama tercatit "51".
Zaidi Bakar yang diharapkan sebagai penyumbang utama bersama Yakup Jalel, rupa-rupanya lebih banyak menyimpan bola ke kolam daripada ke Lobang.
Dan hasrat Ismail Ali mencipta rekod hole-in-one pada Lobang ke 8 tidak kesampaian apabila bola terkeluar semula sejauh 2 inci disebabkan terkena tiang bandera.


