In The News 6:29 AM Text Size : [+] | [-]
Bong Hatta wrote in Utusan Malaysia @7 April 2008
FORUM
Tindakan CUEPACS dipersoal - Surat 2
SUNGGUH menyedihkan dengan sikap CUEPACS yang nampaknya banyak mengugut daripada
berterima kasih kepada pucuk pimpinan negara yang telah banyak berusaha ke arah kebajikan sektor awam.
Gaji sudah naik, kemudahan lebih baik dan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah banyak berlembut dalam menangani tuntutan mereka. Tetapi nada CUEPACS selalu keras, malah mengugut kerajaan kalau setiap tuntutan mereka tidak ditunaikan.
CUEPACS beri kata dua kepada kerajaan iaitu kalau honorarium RM2,000 tidak dibayar dalam masa yang mereka tetapkan, maka mereka mendesak agar ia dibayar berganda. Nampaknya Presiden CUEPACS lebih kejam daripada Ah Long. Mereka juga mengugut untuk memulau perhimpunan Hari Pekerja pada 1 Mei ini.
Saya ingin cadangkan CUEPACS bertimbang rasa sedikit dan selalu cermin diri. Seharusnya, mereka lebih fokus kepada menaikkan imej sektor awam. Presiden CUEPACS harus betul meneliti tahap kecekapan, dedikasi dan tahap perkhidmatan kakitangan kepada masyarakat. Sekali sekala turun padang dan buat pemeriksaan mengejut ke jabatan-jabatan kerajaan yang agak jauh dari ibu pejabat untuk mengintai tahap perkhidmatan ahli-ahli mereka.
HAT - Petrajaya, Kuching.
* Tulisan ini di keluarkan di ruangan forum Utusan Malaysia 7hb April 2008.

